Pendidikan Agama Islam PENDIDIKAN AGAMA ISLAM FORM 2 -SIRAH-

Wednesday 16 April 2014

Abdul Rahman bin Auf

Nama lengkapnya ABDUL RAHMAN BIN AUF BIN ABDUL AUF IBNU ABDUL HARITS,biasa dipanggil ABU MUHAMMAD.Pada masa jahiliyah dia bernama ABDUL KA'BAH,lalu Rasulullah menamakannya ABDUL RAHMAN. Dia lahir 44 tahun sebelum Hijrah.Dia berwajah tampan,kulitnya putih kemerah-merahan dan halus,kedua tangannya lebar dan jari-jarinya keras. Dia memeluk Islam melalui ABU BAKAR AS-SIDDIQ dan termasuk salah seorang di kalangan 10 orang yang diberitahu oleh Rasulullah akan masuk Syurga.Dia turut berhijrah ke Habsyah,gelombang pertama dan kedua.Dia juga turut serta berhijrah ke Madinah,mengikuti Perang Badar dan semua peperangan bersama Rasulullah. Rasulullah s.a.w mempersaudarakannya dengan SA'AD BIN RABI'.SA'AD pernah mengatakan kepadanya "Aku Adalah Orang Terkaya Di Madinah.Jika Kamu Mahu Silakan Ambil Separuh Dari HartaKu.Aku Juga Mempunyai 2 Orang Isteri.Silakan Kamu Pilih Mana Yang Kamu Sukai,Aku Akan Menceraikannya,Setelah Itu Silakan Kamu Kahwini Dia."ABDUL RAHMAN lalu berdoa untuk SA'AD dan berkata "Tolong Tunjukkan Sahaja Aku Pasar."Setelah itu ABDUL RAHMAN berniaga sehingga akhirnya dia manjadi seorang pedagang yang paling kaya di kalangan orang Muslimin. Suatu hari Kota Madinah gempar dengan kedatangan satu kafilah dagang yang terdiri dari 700 kenderaan perdagang milik ABDUL RAHMAN.AISYAH lalu memberitahu ABDUL RAHMAN tentang berita gembira dari Nabi.Nabi s.a.w bersabda,"Aku Melihat ABDUL RAHMAN Masuk Syurga Dengan Merayap/Merangkak."Mendengar berita gembira ini,ABDUL RAHMAN terus mendermakan satu kafilah niaga tersebut sambil berkata,"Jika Aku Boleh Masuk Syurga Dengan Berdiri,Maka Akan Kulakukan." Dalam sehari,dia memerdekakan 30 orang hamba.Dia juga banyak mendermakan hartanya kepada para fakir miskin,kepada isteri-isteri Nabi dan untuk keperluan militari orang Muslimin.Ketika hampir meninggal,dia mewasiatkan 400 dinar bagi setiap orang yang turut serta dalam Peperangan Badar.UTHMAN-meskipun dia orang kaya termasuk yang turut mmengambilnya.Uthman mengatakan bahawa harta ABDUL RAHMAN halal dimakan dan di dalam dan di dalam hartanya terdapat berkat.Di samping itu,ABDUL RAHMAN juga mewasiatkan 1000ekor kuda dan 50,000 dinar untuk perjuangan pada jalan Allah Dalam perang UHUD,tubuh ABDUL RAHMAN mendapat 21 luka.Sebahagian gigi depannya hilang,sehingga dia sukar bercakap.Salah satu betisnya juga tercedera sehingga dia pincang(manjadi tempang/rendah sebelah) Tentang ABDUL RAHMAN,Rasulullah s.a.w berkata,"ABDUL RAHMAN BI AUF Adalah Orang Dipercayai Di Langit dan Orang Dipercayai Di Bumi.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 10 April 2014

Saidina Abdul Rahman Bin Auf

NAMA: Abdul Rahman Bin Auf Bin Abdul Auf Bin Harisah

KETURUNAN:Bani Zuhrah

TARIKH LAHIR:Tahun 580 Masihi

TEMPAT LAHIR:Mekah

MEMELUK ISLAM:Melalui Saidina Abu Bakar

JAWATAN:Menjadi Pengerusi Majlis Syura Semasa Pemilihan Khalifah Yang Ke Tiga

TARIKH WAFAT:Tahun 32 Hijrah Bersamaan Tahun 654 Masihi Ketika Berumur 74 Tahun



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen